passionately driven

Ora 07 Bakal Dilancarkan oleh GWM Malaysia Tak Lama Lagi

GWM Malaysia telah memuatnaik satu teaser bagi EV fastback yang bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia pada tahun ini iaitu Ora 07. Selepas Ora Good Cat yang telah dilancarkan pada penghujung tahun 2022, ini merupakan model kedua sub-jenama Ora dari Great Wall Motors yang bakal dijual di Malaysia.

Model ini telah pun dilancarkan di Thailand pada awal bulan ini dengan nama Ora 07. Berbeza dengan di China, di sana model ini dikenali sebagai Lightning Cat dan turut dikenali sebagai Ora Grand Cat ketika model itu dipertontonkan di Thailand pada Disember tahun 2022 yang lalu.

Seolah-olah sebuah Ora Good Cat yang dipanjangkan, Ora 07 merupakan sedan empat pintu dengan bahagian belakang yang direka landai membolehkan ia digelar sebagai fastback. Kelihatan seperti Porsche Panamera, Ora 07 ini adalah dalam versi lebih mampu milik dan rupanya yang tersendiri itu terinspirasi daripada Volkswagen Beetle.

Bakal berhadapan dengan EV lain seperti Tesla Model 3 dan BYD Seal yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Ora 07 ini berukuran 4,871 mm panjang, 1,862 mm lebar dan 1,500 mm tinggi. Dua varian ditawarkan bagi Ora 07 di Thailand iaitu model asas Long Range yang dijual pada harga 1.299 juta baht (RM174,648) dan Performance pada harga 1.499 juta baht (RM201,655).

Varian Long Range hadir dengan satu motor elektrik berkuasa yang mampu menghasilkan 340 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 204 Ps. Pecutan maksimum adalah 170 km/j. Bagi varian Performance, ia hadir dengan 2 motor elektrik berkuasa yang mampu menghasilkan 680 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 408 Ps. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 4.3 saat dan pecutan maksimum adalah 180 km/j.

Untuk jarak sejauh 640 km boleh dicapai dengan pek bateri ternary lithium 83.5 kWj dengan sekali pengecasan bagi Long Range manakala jarak sejauh 550 km dengan kapasiti bateri yang sama bagi Performance. 

Menerusi pengecas pantas DC, cas bateri Ora 07 ini boleh dipenuhkan dari 30 peratus hingga 80 peratus dalam masa 30 minit. Ia turut menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) untuk membolehkan ia bertindak sebagai ‘powerbank gergasi’ bagi membekalkan kuasa kepada pelbagai peralatan elektrik.

Tiada sebarang petunjuk atau pengumuman yang lebih jelas dari GWM Malaysia tentang bila model ini akan dilancarkan di Malaysia dan berapa anggaran harganya. Sama-sama kita nantikan pelancarannya.

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD