passionately driven

Honda Malaysia Kekal Nombor 1 bagi Segmen Kereta Penumpang Bukan Nasional

Honda Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa rekod jualan lebih dari 80,000 unit kenderaan telah berjaya dicatat, sekaligus berjaya mencapai target jualan tahunan pada tahun 2023. Pencapaian hebat ini telah membuatkan Honda Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan nombor 1 dalam segmen kereta penumpang bukan nasional untuk 10 tahun berturut-turut sejak dari tahun 2014 lagi.

Tahun 2023 merupakan satu tahun di mana Honda Malaysia pulih kembali dan telah berjaya melancarkan 4 model dalam suku tahun kedua iaitu WR-V, City, Civic Type-R dan All-New CR-V.

Honda Civic Type-R 2023

Tiga model terlaris pada tahun 2023 adalah City, HR-V dan City Hatchback yang telah menyumbang kepada 30 peratus, 25 peratus dan 13 peratus masing-masing kepada jumlah jualan tahunan. Selain itu, model WR-V, HR-V, CR-V dan Civic juga telah muncul sebagai nombor 1 dalam segmen mereka tersendiri.

Honda City Facelift 2023

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Mr. Hironobu Yoshimura berkata, “2023 adalah tahun yang mencabar bagi kami dengan pasaran yang kuat saingannya. Walau bagaimanapun, Honda Malaysia berjaya mengatasi dan mencapai target jualan kami pada 2023 dengan sokongan penuh dari pengedar kami dan kerajaan Malaysia.

“Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan sedalam-dalam terima kasih kepada semua pelanggan Honda yang telah memainkan peranan yang penting dalam pencapaian kami melalui sokongan yang tidak putus terhadap jenama Honda.”

Antara sumbangan terbesar kepada pencapaian hebat Honda Malaysia ini adalah pelancaran WR-V pada Julai yang lalu. Bagi varian RS pula, ia merupakan penyumbang terbesar di mana sebanyak 60 peratus kepada jumlah jualan. Honda Malaysia juga berjaya menjual lebih dari 7,800 unit model WR-V dalam 6 bulan pertama selepas pelancarannya dan ini jelas menunjukkan populariti WR-V di Malaysia.

Honda WR-V 2023

Bagi model hibrid (e:HEV), jualan tahunan turut meningkat dari 4,100 unit pada tahun 2022 kepada 7,700 unit pada tahun 2023. Ini menunjukkan pertumbuhan sebanyak 87 peratus untuk model e:HEV. Lebih membanggakan, model e:HEV Honda telah berjaya menyumbang sebanyak 28 peratus kepada jumlah jualan tahunan hibrid di Malaysia pada tahun 2023.

Honda HR-V

Honda Malaysia akan terus komited untuk menyediakan kualiti yang terbaik dari segi penawaran produk, jualan dan servis selepas jualan kepada semua pelanggan. Honda Malaysia mengharapkan tahun 2024 bakal menjadi satu tahun yang menarik bagi mereka dalam industri automotif.

Untuk maklumat lanjut tentang model-model Honda, para pelanggan boleh berkunjung ke 101 pengedar sah Honda seluruh negara atau hubungi Honda Malaysia bebas tol di 1-800-88-2020 atau layari laman web rasmi Honda Malaysia.

 

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD