passionately driven

Kadar Bayaran Rider Dipotong oleh Grab – Rider Serah Memorandum kepada UMNO

Grab telah mengumumkan penstrukturan semula bagi bonus dan kadar bayaran asas untuk penunggang p-hailing termasuk penghantar makanan dan barangan pada awal bulan ini. Ini telah menyebabkan ketidak puasan hati para penunggang p-hailing dan mereka tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana kadar asas telah dikurangkan dan ini bakal menjejaskan mata pencarian mereka.

Berikutan dengan laporan Malay Mail, Persatuan Penunggang p-hailing Malaysia telah menyerahkan memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mendesak supaya Grab Malaysia mempertimbangkan kembali kadar penghantaran makanan dan barangan susulan selepas protes yang dilakukan oleh penunggang p-hailing selepas pengumuman dibuat.

Menurut Timbalan Presiden persatuan terbabit, Abdul Hakim Abdul Rani telah melahirkan rasa bimbang berikutan dengan pengumuman dari Grab Malaysia kerana ia akan memberi kesan terutamanya kepada penunggang perkhidmatan penghantaran makanan.

rider-grab-foodpanda

“Ini telah menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan penghantaran Grab Food Malaysia kerana syarikat itu telah beralih daripada skim kadar tetap kepada sistem insentif dan bonus mingguan. Sebelum ini di Lembah Klang, bayaran perkhidmatan asas pengambilan dan penghantaran makanan ialah RM5, tetapi kini diturunkan kepada RM4,” katanya.

Meletakkan penunggang dalam situasi yang sukar, penunggang p-hailing tidak lagi mempercayai insentif dan bonus kerana syarikat melihatnya sebagai faedah sementara yang mungkin dipotong. Terdapat harapan tinggi bahawa keputusan untuk mengurangkan kadar asas tidak akan dilaksanakan dalam kalangan rakan penghantaran Grab Food, tambahnya lagi.

Hal ini akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi UMNO, menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, di mana Timbalan Perdana Menteri akan membuat perincian tentangnya.

 

Sumber : Malay Mail, Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD