Ora 07 dan GWM Tank 300 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Sebelum ini, GWM Malaysia telah memuatnaik satu teaser bagi EV fastback yang bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia pada suku pertama tahun ini iaitu Ora 07. Kini, model EV tersebut telah mendarat di Malaysia dan hanya menunggu tarikh yang sebenar sahaja untuk dilancarkan. Perkara ini telah dikongsikan oleh GWM Malaysia sendiri.

Kredit Imej : Careta

Model ini telah pun dilancarkan di Thailand pada awal bulan ini dengan nama Ora 07. Berbeza dengan di China, di sana model ini dikenali sebagai Lightning Cat dan turut dikenali sebagai Ora Grand Cat ketika model itu dipertontonkan di Thailand pada Disember tahun 2022 yang lalu.

Bakal berhadapan dengan EV lain seperti Tesla Model 3 dan BYD Seal yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, dua varian ditawarkan bagi Ora 07 di Thailand iaitu model asas Long Range yang dijual pada harga 1.299 juta baht (RM174,648) dan Performance pada harga 1.499 juta baht (RM201,655).

Varian Long Range hadir dengan satu motor elektrik berkuasa yang mampu menghasilkan 340 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 204 Ps. Bagi varian Performance, ia hadir dengan 2 motor elektrik berkuasa yang mampu menghasilkan 680 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 408 Ps.

Untuk jarak sejauh 640 km boleh dicapai dengan pek bateri ternary lithium 83.5 kWj dengan sekali pengecasan bagi Long Range manakala jarak sejauh 550 km dengan kapasiti bateri yang sama bagi Performance. 

Selain berita mengenai pelancaran Ora 07, syarikat itu turut berkongsi bahawa terdapat model selain EV tersebut yang telah mendarat di Malaysia dan juga bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu GWM Tank 300.

Kami tidak pasti spesifikasi bagi model ini yang bakal masuk ke pasaran Malaysia tetapi berdasarkan unit yang dijual di China, ia didatangkan dengan 2 varian iaitu enjin petrol 2.0 liter turbocharged dan 48-volt mild-hybrid powertrain yang menampilkan Internal Combustion Engine (ICE).

Bagi enjin petrol, ia mampu menghasilkan kuasa output sebanyak 220 Hp dan 380 Nm dan versi hibrid ia mampu menghasilkan kuasa output sebanyak 245 Hp dan 380 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan berserta sistem pacuan empat roda.

Tiada sebarang petunjuk atau pengumuman yang lebih jelas dari GWM Malaysia tentang varian yang manakah akan dilancarkan di Malaysia dan berapa anggaran harganya. Sama-sama kita nantikan pelancarannya.

 

Sumber : Careta

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD