NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lorong Kecemasan Bukan Hak Eksklusif Penunggang Motosikal

Lorong Kecemasan Bukan Hak Eksklusif Penunggang Motosikal

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengingatkan bahawa lorong kecemasan di lebuhraya bukanlah eksklusif terhadap penunggang motosikal sahaja dan penunggang motosikal mesti sentiasa berwaspada dan fokus untuk keselamatan semua pengguna lebuhraya.

Menurut LLM menerusi laman Facebook rasminya, “Peringatan untuk semua pengguna lebuh raya! Lorong kecemasan bukanlah hak eksklusif penunggang motosikal. Ia turut digunakan oleh kenderaan lain yang berhenti jika berlaku sebarang kerosakan atau kecemasan di lebuhraya. Penunggang motosikal perlu sentiasa peka dan fokus ketika di lebuh raya demi keselamatan bersama.”

Baru-baru ini telah terjadi lagi satu kes di mana seorang penunggang motosikal naik angin dan telah menyerang sebuah kereta yang menggunakan lorong kecemasan yang telah diaktifkan sebagai laluan Smartlane di Lebuhraya Utara-Selatan. Penunggang motosikal tersebut secara sengaja telah merosakkan cermin sisi kereta terbabit sebelum memecut laju. Rakaman video insiden terbabit telah tular di laman media sosial dan mendapat pelbagai kecaman netizen.

 

Sumber : Paultan

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy