Kenderaan Elektrik (EV) Akan Mula Diguna oleh Kerajaan Tahun Ini

Kerajaan akan memulakan inisiatif untuk menukarkan kenderaan operasi kerajaan kepada kenderaan elektrik (EV) bermula tahun ini dan perkara ini telah disahkan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. Inisiatif ini telah diambil bagi mengurangkan pencemaran karbon dalam negara.

Peralihan ini akan dimulakan dalam skala kecil terlebih dahulu kerana pihak kerajaan harus mengambil kira implikasi kewangan sebelum langkah tersebut dilaksanakan kepada semua agensi.

“Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu, flit kerajaan akan turut merangkumi EV pada tahun ini,” katanya dalam laporan The Star ketika melancarkan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2024 semalam.

“Namun, implementasi ini tidak akan dibuat sepenuhnya kerana ia melibatkan jumlah yang besar. Kami perlu mengambil kira implikasi kewangan juga,” tambahnya lagi.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan telah mengumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober yang lalu bahawa kenderaan elektrik (EV) akan digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi menggantikan kereta-kereta sedia ada. Namun, tiada perincian lanjut telah didedahkan sama ada ia melibatkan kereta-kereta rasmi menteri kabinet atau kesemua kenderaan kerajaan.

 

Sumber : The Star

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD