1,300 Tempahan BYD Seal Diterima Selepas Empat Hari Dilancarkan

Hanya selepas empat hari dilancarkan ke dalam pasaran Malaysia, Sime Darby Motors telah mengumumkan bahawa kenderaan elektrik (EV) sedan BYD Seal ini telah menerima lebih dari 1,300 tempahan semalam. BYD Seal telah dilancarkan beberapa hari lepas iaitu pada 22 Februari dan 2 varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Untuk makluman semua, pengecas wallbox percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800 secara percuma akan diberikan kepada 800 tempahan pertama dan telah ditambah kepada 300 tempahan lagi baru-baru ini. Disebabkan sambutan yang positif dan menggalakkan telah diterima untuk model ini, BYD Malaysia telah melanjutkan kempen tempahan awal sama ada atas talian atau di bilik pameran SDM ini sehingga 3 Mac.

“Respon daripada Rakyat Malaysia jelas menunjukkan kesediaan mereka untuk menerima kenderaan elektrik (EV) daripada BYD, yang terus membawa gelombang di sini serta bahagian lain di rantau ini. Pencapaian ini juga menandakan satu lagi peristiwa penting dalam evolusi teguh dalam pasaran EV negara,” kata Jeffrey Gan, pengarah urusan SDM Asia Tenggara.

Dengan hashtag #SealTheSpeed, Seal ini didatangkan dengan sejumlah 4 warna, termasuk Atlantis Grey, Aurora White, Cosmos Black dan Arctic Blue (eksklusif untuk varian Performance). BYD Seal boleh didapati dalam versi Premium RWD dan Performance AWD, bermula daripada RM179,800 dan RM199,800 (on-the-road tanpa insurans).

Untuk varian Premium, ia didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 360 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 230 kW. Untuk jarak sejauh 650 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 82.5 kWh dengan sekali pengecasan. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 5.9 saat

Untuk varian paling laju mereka iaitu Performance, didatangkan dengan spesifikasi dual-motor powertrain yang mampu menghasilkan 670 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 390 kW. Untuk jarak sejauh 580 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 82.5 kWh dengan sekali pengecasan.Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 3.8 saat.

Di samping itu, BYD Seal turut menawarkan pakej waranti yang menyeluruh termasuk waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000 kmwaranti bateri hebat selama 8 tahun atau 160,000 km dan waranti unit pemacu yang setanding untuk tempoh 8 tahun atau 150,000 km.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD