NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Penunggang Motosikal Maut, Dirempuh Toyota Vios

Penunggang Motosikal Maut, Dirempuh Toyota Vios

Sebuah video berdurasi 30 saat telah tular menerusi Facebook DashCam Malaysia yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Nor Fazzlan yang memaparkan sebuah kereta model Toyota Vios telah merempuh sebuah motosikal di Batu 21 Jalan Parit Sulong, Muar, Johor. Rakaman video tersebut merupakan rakaman dashcam dari sebuah kenderaan yang sedang memandu ketika itu.

Dalam video tersebut, telah dimulakan dengan kenderaan perakam yang memotong sebuah trak dan terdapat 2 motosikal di hadapan lorong yang sama. Kenderaan perakam itu kemudian masuk kembali ke lorong itu dan selepas itu kelihatan sebuah Toyota Vios berwarna putih sedang memotongnya di lorong bertentangan.

Vios tersebut telah bertindak membrek secara mengejut dan telah merempuh sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan. Rempuhan kuat telah berlaku di antara Toyota Vios tersebut dan motosikal terbabit sehingga penunggang motosikal terbabit melambung tinggi akibat rempuhan.

Menerusi ruangan komen yang telah diterima selepas video tersebut tular, terdapat pengguna yang meninggalkan komen bahawa penunggang motosikal yang dirempuh itu adalah ahli keluarganya dan telah meninggal dunia akibat kemalangan terbabit. Namun, dengan adanya video dari dashcam ini, sudah pasti dapat membantu dijadikan sebagai bahan bukti untuk membantu siasatan lanjut dari pihak polis.

 

Sumber : Paultan

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy