NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Individu Ditemui Maut Dalam Satria Neo di Parkir Stesen Minyak

Dua Individu Ditemui Maut Dalam Satria Neo di Parkir Stesen Minyak

Seorang lelaki dan seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah stesen minyak berhampiran Muadzam Shah, Rompin semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang semalam dan enam anggota dan pegawai terus bergegas ke tempat kejadian. Sejurus sahaja pihak bomba tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati sebuah kereta jenis Proton Satria di kawasan letak kereta stesen minyak terbabit dan di dalamnya terdapat dua mangsa.

“Bomba telah membuka pintu kereta itu menggunakan peralatan menyelamat dan menemukan seorang lelaki dan wanita dewasa yang tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan mayat mereka telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Punca kematian masih dalam siasatan.

 

Sumber : Astro Awani 

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy