passionately driven

Tren Untuk Aidilfitri Akan Ditambah oleh KTMB – Anthony Loke

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, 18 set tren antara perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan komuter KTMB bakal dibaik pulih oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Memang setiap musim perayaan KTMB akan diminta untuk menambah trip, seperti Tahun Baru Cina baru-baru ini juga pertambahan trip telah dibuat. Jadi untuk bulan ramadan akan datang dan juga sambutan Aidil Fitri nanti tren juga akan ditambah bagi membolehkan lebih ramai yang dapat menggunakan perkhidmatan ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Akademi KTM Keenam di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, Kementerian Pengangkutan sentiasa memohon peruntukan untuk menambah tren dan turut menganjurkan program untuk baik pulih tren yang lama. “Kami akan cuba perbaiki supaya bilangan tren dapat ditambah dengan lebih banyak lagi. Apabila tren bertambah, maka kekerapan akan dapat ditambah,” katanya.

Menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi, KTMB juga akan menambah kekerapan perjalanan tren komuter. Beliau berkata KTMB akan terus berusaha untuk memastikan kereta api milik mereka dapat terus ditambah baik dan dipertingkatkan.

 

Sumber : Astro Awani

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD