passionately driven

Angkara Undur Laju, Mazda 2 Telah Langgar Beberapa Kenderaan

Sebuah video berdurasi 17 saat telah dimuat naik di aplikasi Tiktok yang memaparkan sebuah kereta jenis Mazda 2 yang telah merempuh beberapa buah kenderaan semasa sedang undur keluar dari parkir.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, kejadian berlaku sekitar jam 7.30 malam pada 28 Februari di Jalan Padang dari arah Jalan Bukit Kapar 1 menghala ke Jalan Kapar dan pihaknya sedang menyiasat dan mengenal pasti identiti pemandu tersebut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila seorang perempuan Cina telah tertekan pedal minyak ketika hendak keluar daripada kotak parkir sebelum melanggar sebuah kereta yang berada di hadapannya. Beliau yang dalam keadaan cemas serta terkejut telah menukar gear undur lalu mengundur secara laju sebelum melanggar dua buah kereta lagi yang diparkir di tepi jalan.

Tiada kemalangan jiwa serta kecederaan dilaporkan dan kesemua pihak yang terlibat telah membuat laporan pada hari yang sama,” katanya sambil menambah kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Low Wee Hong di talian 017- 674 7946 bagi membantu siasatan. Orang ramai juga dinasihatkan sepaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya lagi.

 

Sumber : Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD