passionately driven

Tempahan Untuk Ora 07 Kini Dibuka di Malaysia

Great Wall Malaysia (GWM) telah mengumumkan bahawa tempahan untuk kenderaan elektrik (EV) bagi model Ora 07 atau juga dikenali sebagai Lightning Cat telah dibuka untuk pasaran Malaysia melalui pengedar rasminya.

Bakal berhadapan dengan EV lain seperti Tesla Model 3 dan BYD Seal, Ora 07 diberitahu akan datang dalam 2 jenis varian iaitu Long Range dengan satu motor elektrik berkuasa yang mampu menghasilkan 340 Nm tork dan 204 Ps dan Performance dengan dua motor elektrik berkuasa yang mampu menghasilkan 680 Nm tork dan 408 Ps.

Selain itu, GWM Malaysia turut mengumumkan jarak NEDC dan bateri yang bakal diterima untuk pasaran Malaysia adalah sama dengan pasaran Thailand iaitu boleh mencecah sehingga 640 km untuk Long Range dengan bateri ternary lithium 83.5 kWh. Manakala Performance boleh mencecah sehingga 550 km.

Beralih kepada rekaan luaran, kelengkapan seperti lampu utama LED pintar, tingkap tanpa bingkai, bumbung panoramik serta spoiler belakang adaptif akan tiba pada Ora 07 ini. Perincian lanjut tentang bahagian dalaman masih belum diterima dan disahkan lagi, namun jika ikut spesifikasi Thailand, panel instrumen digital 10.25 inci, pad pengecas tanpa wayar, skrin sesentuh 12.3 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay serta 11 pembesar suara, untuk versi Long Range.

Ora 07 bakal ditawarkan dengan 3 jenis warna iaitu Crystal Purple, Amethyst Gray dan Jade White. Harga jualan untuk Ora 07 masih belum didedahkan lagi untuk pasaran Malaysia tetapi di Thailand, ia dijual bermula RM175,000 hingga RM202,000. Pelanggan yang membuat tempahan awal bermula hari ini bakal menerima pakej penyelenggaraan lima tahun termasuk kos alat ganti dan upah (bagi tempoh terhad).

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD