NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bas Persiaran Terbalik di Bentong – 2 Maut, 13 Cedera

Bas Persiaran Terbalik di Bentong – 2 Maut, 13 Cedera

Sebuah bas persiaran telah terbalik di Kilometer 51.4 Arah Timur (Bukit Tinggi-Lentang) Lebuhraya Karak Bentong pada awal pagi tadi dan telah mengakibatkan dua penumpang maut manakala 11 lagi cedera.

Bas persiaran terbabit dipercayai membawa seramai 20 penumpang termasuk pemandu dan dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Kuala Lumpur berhampiran hentian rehat Lentang.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, dua penumpang yang maut melibatkan seorang lelaki warga asing manakala seorang lagi wanita yang kini masih sedang disahkan kewarganegaraannya.

Selain itu, pemandu dan juga seorang penumpang wanita mengalami kecederaan yang parah manakala 11 penumpang yang lain mengalami kecederaan yang ringan. Lima penumpang lain dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Proses bedah siasat mayat akan dijalankan di Hospital Bentong dan mangsa yang mengalami kecederaan turut dikejarkan ke hospital yang sama untuk rawatan susulan.

 

Sumber : Astro Awani

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy