NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tol Percuma Pada 8-9 April Sempena Perayaan Aidilfitri

Tol Percuma Pada 8-9 April Sempena Perayaan Aidilfitri

Kerajaan telah mengumumkan kemudahan tol percuma selama 2 hari iaitu pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuhraya bagi kenderaan Kelas 1 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Menjelang Aidilfitri…saya ingin mengumumkan di sini lah, yang dinantikan selama ini, seperti tahun-tahun yang sudah. Telah diputuskan dalam satu mesyuarat jemaah menteri, kita akan ada dua hari tol percuma menjelang Hari Raya. Kita akan bagi tol percuma dua hari…8 haribulan dan 9 haribulan.

“Saya hendak tekankan, ia terhad kepada kenderaan kelas 1 sahaja. pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan bermula 12.01 tengah malam pada 8 haribulan sehingga 11.59 malam pada 9 April,” katanya seperti yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi KKR.

“Dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini juga, jumlah kenderaan dijangka meningkat 2.46 juta sehari di semua jaringan lebuh raya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban (arah Selatan) semalam.

Orang ramai disarankan untuk mengikut cadangan waktu perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan jalan raya dan memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

 

Sumber : Astro Awani

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy