NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

HeiTech Padu Menang Tender JPJ Bernilai RM190 Juta – MOT Jelaskan

HeiTech Padu Menang Tender JPJ Bernilai RM190 Juta – MOT Jelaskan

Baru-baru ini HeiTech Padu telah menerima surat lantikan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang membabitkan tender bernilai RM190.01 juta. Memetik dari kenyataan kepada Bursa Malaysia, tender berkenaan bakal fokus kepada perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal untuk infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem MySIKAP di semua pejabat JPJ.

“Kontrak bagi tempoh 36 bulan itu bermula dari 1 Mei 2024 hingga 30 April 2027 dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih sesaham HeiTech Padu bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024 dan seterusnya sehingga selesai kontrak itu,” katanya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah tampil untuk menjelaskan mengapa nilainya tinggi adalah disebabkan kos penyelenggaraannya sepanjang tempoh 3 tahun tersebut.

“Ia babitkan kontrak penyelenggaraan untuk tiga tahun bagi perisian dan pekakasan kesan (hardware) termasuk pelayan MySikap di Pusat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya kepada media selepas melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV), EVlution bersama MasterCard dan RHB Bank semalam.

 

Sumber : Berita Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy