NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Gunung Ruang Meletus: Penerbangan KL-Sabah-Sarawak Dibatalkan

Gunung Ruang Meletus: Penerbangan KL-Sabah-Sarawak Dibatalkan

13 penerbangan telah dibatalkan dan 10 penerbangan ditamatkan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu disebabkan letusan gunung berapi di Indonesia iaitu Gunung Ruang.

Menurut Pengurus Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Jefry Ramli, tiga penerbangan dari Tawau dan tiga lagi penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Kinabalu telah dibatalkan setakat 9.45 pagi tadi.

Memetik dari kenyataan Agensi Gunung Berapi Indonesia, Gunung Ruang itu pertama kali telah meletus pada 16 April (Selasa) pada jam 9.45 malam dan pada 17 April (Rabu) sebanyak empat kali.

Paras amaran gunung berapi itu bermula apabila ia melebihi dari 725 meter atas paras laut dan kemudian ia dinaikkan dari tahap ketiga kepada tahap keempat pada Rabu petang, di mana ia merupakan paras tertinggi dalam sistem empat peringkat itu.

“Kami telah dimaklumkan oleh syarikat penerbangan tentang kemungkinan pembatalan penerbangan dan penentuan masa semula. Syarikat penerbangan menguruskan jadual mereka sendiri dan mempunyai keputusan akhir mengenai perubahan penerbangan.

“Untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lancar, kami amat menasihatkan penumpang untuk menghubungi syarikat penerbangan mereka secara terus untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan khusus mereka, termasuk sebarang pembatalan atau penentuan masa semula.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengesyorkan agar anda merujuk syarikat penerbangan untuk mendapatkan maklumat penerbangan yang paling tepat.

 

Sumber : New Straits Times

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy