NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Anak Timbalan Menteri Thailand Rempuh Sekatan Polis – Dipercayai di Bawah Pengaruh Alkohol

Anak Timbalan Menteri Thailand Rempuh Sekatan Polis – Dipercayai di Bawah Pengaruh Alkohol

Sebuah kereta jenis mewah berjenama BMW milik anak seorang Timbalan Menteri telah dikejar oleh anggota polis apabila didapati telah memandu laju dan merbahaya di jalan raya, menurut laporan portal berita Thaiger.

Lebih teruk apabila kenderaan milik lelaki berusia 46 tahun itu telah merempuh penghadang polis yang ketika itu sedang melakukan pemeriksaan di jalan raya berkenaan.

Pemeriksaan telah dilakukan terhadap dirinya dan didapati lelaki itu mempunyai pengaruh alkohol sebanyak 183 miligram bagi setiap 100 mililiter darah di mana ia telah melebihi had undang-undang yang dibenarkan.

Tertuduh telah memandu di bawah pengaruh alkohol dan telah berada dalam tahanan di balai polis Pracha Chuen. Walaupun tingkah lakunya yang dilaporkan tidak bekerjasama dengan polis, dia berjaya mendapatkan pembebasan dengan membayar wang jaminan sebanyak 20,000 baht (RM2,595).

Pemandu itu bagaimanapun akhirnya dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda 8,000 baht (RM1,038) kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, kata Pejabat Peguam Negara semalam.

 

Sumber : Thaiger

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy