passionately driven

2 Helikopter Bertembung dan Terhempas: 10 Terkorban di Pangkalan TLDM Lumut

Dua helikopter telah bertembung dan terhempas semasa latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada pagi tadi dan telah mengakibatkan seramai 10 mangsa yang terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut semasa nahas tersebut.

Dua helikopter yang telah dikenal pasti terlibat adalah model HOM dan Fennec yang telah berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi. Menerusi video yang telah tular di laman sosial media, kedua-dua helikopter dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan dari pertembungan tersebut, pesawat HOM telah hilang kawalan dan terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Kejadian tersebut telah mengorbankan empat kru dan tiga penumpang di pesawat HOM dan tiga kru di pesawat Fennec. Setakat ini, tiada mangsa yang terselamat dilaporkan dalam nahas tersebut dan kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

TLDM memohon orang ramai supaya tidak menularkan video kejadian terbabit bagi menjaga sensitiviti keluarga dan proses siasatan sedang dijalankan.

 

Sumber : Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD