NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat Dibuka Semula

Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat Dibuka Semula

Jambatan Panel Keluli Bermodular (Jambatan Bailey) di Seksyen 102, Jalan Kuantan-Segamat telah dibuka semula sejak dari 1 Mei, jam 4 petang. Perkara ini telah diumumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan menerusi akaun rasminya di Facebook.

Sebelum ini, jambatan itu telah ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan bagi semua jenis kenderaan sehingga 6 Mei. Walau bagaimanapun, jambatan itu telah siap awal dari tarikh yang sepatutnya dan kini sudah boleh mula digunakan kepada semua jenis kenderaan.

“Jambatan ini dibuka dua hala kepada kenderaan dengan had muatan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 20 tan. Pengguna jalan raya ini dinasihat berhati–hati ketika melalui laluan berkenaan dan sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan,” menurut JKR.

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy