NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Terkena Serangan Jantung, Warga Emas Maut Dalam Kemalangan

Terkena Serangan Jantung, Warga Emas Maut Dalam Kemalangan

Seorang lelaki warga emas maut akibat dari terkena serangan jantung semasa memandu lalu mengalami kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Bezza di Batu Pahat, pada malam semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut pada jam 8 malam.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kereta jenis Hyundai Elantra yang dipandu lelaki berusia 71 tahun itu datang dari arah Batu Pahat menghala ke Jalan Pantai.

“Apabila tiba di laluan lokasi kejadian, kereta berkenaan telah hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu melanggar bahagian belakang kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki tiga individu.

“Akibat kemalangan tersebut, lelaki warga emas itu meninggal dunia di lokasi manakala pemandu Perodua Bezza dan dua penumpangnya hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Tambah Ismail, sebelum kemalangan terbabit berlaku, dipercayai bahawa lelaki warga emas tersebut telah terkena serangan jantung. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana kemalangan yang melibatkan kematian.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy