NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pesawat Ringan Terhempas di Sungkai, Dua Mangsa Cedera

Pesawat Ringan Terhempas di Sungkai, Dua Mangsa Cedera

Jurulatih penerbangan dan pelatih cedera selepas pesawat ringan jenis Cesna 172 di sebuah ladang di Felda Besout 2 Tambahan dekat Sungkai, pagi tadi.

Mangsa, Kapten Shahrul Imran berusia lingkungan 30-an yang merupakan jurulatih penerbangan patah peha kiri manakala pelatih Le Ho Jia, 20-an cedera di bahagian muka.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihak bomba menerima panggilan kejadian kira-kira pukul 9.46 pagi.

Menurutnya, makluman awal sebuah kapal terbang dimaklumkan jatuh berdekatan Ladang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Sungkai iaitu kapal terbang jenis Cessna 172 daripada Layang Layang Flying Academy.

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dibantu BBP Bidor dan BBP Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa selamat dan dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.

Kejadian berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy