passionately driven

Tiada Kelulusan dari JPJ kepada BJAK – Perkhidmatan Baharui Cukai Jalan, Lesen Memandu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan promosi yang telah dilakukan oleh pihak BJAK Sdn Bhd di laman web rasmi mereka dan media sosial mereka baru-baru ini di mana perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian termasuklah program pemberian cukai jalan secara percuma.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak JPJ:


Jabatan ini ingin memaklumkan dan menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mahupun JPJ tidak pernah memberikan kelulusan kepada pihak BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

Pihak JPJ juga ingin memaklumkan bahawa terdapat kenyataan yang telah dipaparkan oleh pihak BJAK melalui laman sesawang mereka iaitu “Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ” adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

Jabatan ini juga telah menerima beberapa aduan daripada orang awam antaranya pembaharuan cukai jalan telah dilaksanakan melalui laman sesawang BJAK, namun tempoh sah laku cukai jalan tidak dikemas kini. Jabatan ini ingin menjelaskan dan menegaskan bahawa tiada integrasi sistem di antara Sistem JPJ (MySikap) dengan sistem yang digunakan oleh pihak BJAK.

Dalam masa yang sama, Jabatan ini juga telah menerima aduan ketidakpuasan hati orang awam yang mana perlu membayar caj tambahan ketika memperbaharui cukai jalan yang dikenakan oleh BJAK. Jabatan ini ingin menegaskan bahawa pihak MOT atau JPJ tidak pernah meluluskan sebarang pengenaan caj tambahan yang pada masa ini dikenakan oleh BJAK kepada pelanggan mereka.

JPJ ingin menggalakkan urus niaga memperbaharui cukai jalan adalah melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ (Pos Malaysia, MyEG, Puspakom) sahaja.

Jabatan ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa pengoperasian yang dilakukan oleh pihak BJAK berkaitan urus niaga pembaharuan cukai jalan adalah tanpa kebenaran dengan pihak JPJ.


Orang ramai dinasihatkan supaya memperbaharui cukai jalan melalui platform yang telah disahkan oleh pihak JPJ sahaja dan sentiasa berhati-hati agar tidak dikenakan sebarang penipuan dan kerugian di mana-mana platform yang tidak berdaftar.

Sebarang aduan boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ di pautan ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD