Menurut laporan dari Reuters, Shell kini sedang dalam proses perbincangan bersama syarikat petroleum dari Arab Saudi iaitu Saudi Aramco untuk menjual semua rangkaian stesen minyaknya di Malaysia. Kenyataan ini disokong dan diberitahu sendiri oleh sumber yang rapat isu tersebut.
Perbincangan di antara dua syarikat petroleum gergasi ini dikatakan telah mula berbincang pada akhir tahun 2023 dan dijangka akan membuat keputusan akhir dalam beberapa bulan lagi, menurut salah satu sumber rapat tersebut. Selain itu, turut diberitahu oleh dua lagi sumber berkenaan bahawa urusniaga ini dianggar berjumlah sekitar empat hingga lima billion ringgit.
Merupakan rangkaian stesen minyak kedua terbesar di Malaysia selepas Petronas, Shell kini memiliki sepenuhnya sekitar 950 stesen minyak di Malaysia. Walau bagaimanapun, jika ditanya kepada kedua-dua syarikat terbabit berkenaan isu ini, kedua-duanya enggan mengulas mengenai urusniaga ini. Namun, Shell menyebut bahawa Malaysia adalah negara yang penting buat mereka.
Selain urusan jual beli minyak di stesen minyaknya, Shell turut menjual produk pelincir industri, menghasilkan minyak mentah dan gas asli di luar pantai Sabah dan Sarawak, serta mempunyai dua rakan kongsi dalam projek-projek gas asli cecair (LNG).
Penjualan itu adalah sebahagian daripada usaha Ketua Pegawai Eksekutif Shell, Wael Sawan untuk memfokuskan operasi syarikat kepada perniagaan yang paling menguntungkan.
Menurut laporan berita itu lagi, Shell telah menyatakan bahawa ia akan berusaha untuk melepaskan 500 stesen tahun ini dan berikutnya, serta kini sedang dalam proses menjual kilang penapisan dan petrokimia Singapura. Salah satu sumber memberitahu Reuters bahawa usaha syarikat itu untuk menjual rangkaian stesen minyaknya di Malaysia adalah konsisten dengan langkahnya untuk menjual kilang penapisannya di Pulau Bukom di Singapura, yang membekalkan bahan api kepada rangkaian itu.
Saudi Aramco tidak mempunyai stesen minyak di Malaysia, walaupun ia memiliki 50 peratus daripada 300,000 tong sehari (bpd) penapisan Pengerang di Johor dalam usaha sama dengan Petronas, yang menjual bahan api di dalam negara dan juga untuk eksport.
Aramco mengendalikan stesen minyak di Arab Saudi dan juga mengendalikan stesen minyak di tempat lain dalam usaha sama dengan TotalEnergies utama Perancis dan S-Oil Corp Korea Selatan.
Sumber : Reuters