passionately driven

Dilanggar Pemandu Mabuk, Atlet Kayak Cedera Parah Diseret 600 Meter

Atlet kayak Malaysia yang dikenali sebagai Siti Nurul Masyitah Elias mengalami kecederaan parah apabila dilanggar oleh seorang pemandu yang dipercayai mabuk di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) pada Sabtu.

Tidak cukup itu, mangsa juga telah diseret sejauh 600 meter selepas dilanggar oleh kenderaan terbabit melalui motosikal yang ditunggangnya. Nurul kini sedang dirawat di Hospital Colombia kerana mengalami kecederaan yang serius, menurut kenyataan dari Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang.

“Menurut saksi berserta rakaman ‘dashcam’, kereta terbabit dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter.

“Mangsa sering berulang-alik dari Politeknik Sultan Ibrahim ke rumah bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.

“Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.

“Mohon doakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan,” menurut persatuan itu pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, siasatan sedang dijalankan berhubung kes ini dan satu kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Berdasarkan hantaran yang telah tular di media sosial, kelihatan foto seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat ‘peace’ ketika kemalangan terbabit.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD