Polis Siasat Geng Honda Masak Mi Segera di Stesen Minyak

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis sejurus mereka menerima laporan yang telah dibuat pada 14 Mei kira-kira jam 12.35 tengahari berkenaan sebuah klip video tular yang memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan jenis Honda memasak mi segera menggunakan dapur api mudah alih di sebuah stesen minyak.

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang menyebabkan kebimbangan awam dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Mohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan. Polis Bentong juga akan mengambil tindakan tegas dan membuat operasi bersepadu di sekitar lokasi stesen minyak berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum kerana pihak polis menerima maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik kereta berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya lain,”kata Zaiham menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam.

 

Sumber : Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD