NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pemandu Tesla Marah Cermin Sisinya Dipukul, Bertindak Langgar Penunggang Motosikal

Pemandu Tesla Marah Cermin Sisinya Dipukul, Bertindak Langgar Penunggang Motosikal

Seorang penunggang motosikal telah dilanggar di Lebuhraya Sprint akibat perasaan marah dari seorang pemandu Tesla yang cermin sisinya telah dipukul oleh penunggang motosikal terbabit.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah, kejadian terbabit terjadi sekitar jam 8.30 pagi di mana penunggang motosikal terbabit sedang menunggang di lorong paling kanan.

Secara tiba-tiba, pemandu Tesla terbabit menukar laluan dari lorong tengah ke lorong kanan dan telah menghimpit penunggang motosikal terbabit ke kanan jalan.

“Penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun telah bertindak memukul cermin sisi sebelah kanan kereta tersebut dengan tangan.

“Akibat kejadian itu, pemandu Tesla tersebut telah bertindak menghimpit penunggang motosikal sehingga terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Susulan dari kejadian itu, penunggang motosikal terbabit dilaporkan mengalami kecederaan luka di tangan, lutut dan kaki dan telah mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy