Baru-baru ini, smart Malaysia telah mengadakan pratonton eksklusif untuk model terbarunya iaitu smart #3 di ibu pejabat mereka yang bertempat di Subang Jaya selama 3 hari.
Dengan slogan ‘Chase the Thrill’, smart #3 telah menunjukkan kebolehannya di Test Track Proton dan telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada para hadirin yang datang.
“Kami berbesar hati dengan kehadiran peminat dan pemilik EV serta pihak media. Ia memberi kami inspirasi dan kefahaman lebih baik dalam menyaksikan kepelbagaian individu dari pelbagai latar belakang yang memberi maklumbalas positif dengan mengakui smart #3 sebagai satu pengalaman pemanduan yang mengujakan,” ujar Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia.
Selain itu, smart #3 juga telah meraih pengiktirafan antarabangsa dengan ciri reka bentuk SUV coupe yang sporty yang telah dihasilkan oleh pasukan reka bentuk global Mercedes-Benz melalui Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot.
Menjelang Malaysia Autoshow 2024, smart #3 bakal membuat kemunculan sulungnya dan orang ramai yang berminat untuk melihat dan merasai sendiri SUV elektrik ini boleh berkunjung ke tapak mereka di Dewan A2, MAEPS, Serdang bermula 22 Mei hingga 26 Mei dari jam 10 pagi hingga 10 malam.