PANDU UJI: Prestasi Jaecoo J7, SUV Off-Road di Laluan Berpasir!

Baru-baru ini kami telah dapat merasai sendiri pengalaman off-road bersama dengan model terbaru dari Jaecoo iaitu J7, sebuah SUV off-road di Padang Pasir, Klebang di Melaka.

Jaecoo J7 ini didatangkan dengan enjin 1.6-liter turbocas empat-silinder petrol dan mampu menghasilkan 290 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 197 Ps. Pecutan 0-100 km/j SUV ini didakwa dalam masa 8.0 saat.

Selain dari mempunyai 3 mod pemanduan yang biasa iaitu Normal, Economy dan Sports, J7 ini mempunyai 4 lagi mod pemanduan yang luar biasa iaitu Snow, Sand, Mud dan Off-Road. Kali ini, kami akan menguji kebolehan J7 ini menggunakan mod Sand dengan 3 cabaran.

Pada cabaran pertama, kami menguji kebolehan Jaecoo J7 dengan memandu di atas laluan pasir yang tidak rata. Sebelum ini, kami telah menjalani percubaan trek off-road di Malaysia 4WD Training and Experience Centre (M4TREC) dan melalui rintangan ‘Frame Twister’ yang sama dengan cabaran pertama yang kami lakukan ini cuma rintangan yang digunakan adalah berbeza. Semudahnya, J7 ini mampu berjalan di atas laluan pasir tersebut dan tidak tersekat di dalam pasir yang dalam ketika memandu.

Seterusnya, pada cabaran kedua kami membuat aksi ‘donut’ di atas pasir yang penuh rintangan dan mengelilingi sebuah pokok di Padang Pasir tersebut. Ditambah dengan kemampuan Nazz Abdullah yang sememangnya pakar dalam membuat aksi ‘donut’, prestasi off-road J7 kelihatan menyerlah apabila dengan mudahnya Nazz melakukan aksi tersebut beberapa kali tanpa sebarang kesukaran walaupun di atas laluan berpasir.

Pada cabaran terakhir, kami menguji J7 dengan menaiki bukit pasir yang tinggi dan curam. Dengan menggunakan mod Sand, Nazz berjaya turun dari bukit pasir tersebut dengan selamat dan tanpa sebarang masalah. Di sini kita dapat lihat bahawa J7 sangat boleh dipercayai dalam apa jua rintangan, lebih-lebih lagi dalam situasi off-road.

Model ini akan dilancarkan tak lama lagi dan dua varian bakal ditawarkan ke dalam pasaran Malaysia iaitu All-Wheel Drive (AWD) yang dianggarkan bermula dari RM160,000 dan Two-Wheel Drive (2WD) yang dianggarkan bermula dari RM150,000. 

Pendaftaran minat telah dibuka dan kepada para pelanggan yang berminat, anda boleh layari laman web rasmi Jaecoo Malaysia atau berkunjung ke Malaysia Autoshow 2024 yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang bermula 22 hingga 26 Mei ini untuk melihat dan pandu uji sendiri SUV off-road premium dari Jaecoo ini!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD