Susulan dengan sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 55 saat yang telah tular baru-baru ini di media sosial yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda City telah dilarikan oleh seorang suspek di stesen minyak, seorang lelaki telah berjaya ditahan pagi ini di Bentong, Pahang.
Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, suspek berusia 40-an mempunyai rekod lampau yang melibatkan kes jenayah dan narkotik. Suspek juga pernah melarikan diri dari lokap dan baru dibebaskan pada tahun lalu.
“Kereta Honda City yang dilarikan ditemui di kawasan letak kereta berhampiran sebuah pasar dekat Pekan Karak, Bentong. Ketika ditahan, tiada pergelutan kerana suspek sedang tidur dan dipercayai menceroboh masuk rumah yang dihuni pasangan suami isteri dan tiga anak berusia tiga hingga 12 tahun pada 10 malam.
“Kes (kecurian Honda City) ini selesai hasil maklum balas pantas daripada orang ramai selepas kes ini tular,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, hari ini.
Nombor pendaftaran kenderaan juga telah ditukar bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa. Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 untuk mengenal pasti motif kecurian kenderaan Honda City terbabit.
“Polis juga masih menyiasat hubungan antara suspek dan pemilik rumah terbabit kerana mendakwa tidak mengenali suspek,” katanya. Suspek kini direman selama dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” katanya.
Selain itu, suspek juga disiasat kerana mencuri dan penyalahgunaan dadah.
Sumber : Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?