NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kapal LCS Pertama Berjaya Luncur Atas Air

Kapal LCS Pertama Berjaya Luncur Atas Air

Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah berjaya diluncurkan ke atas permukaan air di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, peluncuran itu bertujuan untuk memeriksa serta menguji kestabilan dan keutuhan kapal.

“Dalam bulan Disember akan dilakukan harbour trial (ujian pelabuhan) dan selepas semua perkakas dipasang, maka akan dilakukan sea trial (ujian di laut). Kalau ikut perancangan, kapal yang pertama akan diserahkan kepada pihak TLDM pada bulan Ogos 2026, insya-Allah.

“Bagi kapal-kapal yang lain… kapal kedua, ketiga, keempat… pembinaannya telah pun capai ikut perancangan, ada yang 60 peratus, ada yang 50 peratus dan sebagainya. Sehinggalah kapal yang kelima, insya-Allah ia mengikut progress sebagaimana yang telah dirancangkan,” katanya.

Proses ujian mengambil masa yang lama untuk memastikan ia benar-benar selamat dan boleh memuatkan 120 anggota untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, jelas beliau semasa Lawatan Kerja dan Majlis Ramah Mesra di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.

 

Sumber : Astro Awani

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy