passionately driven

Tercampak dari Motor, Seorang Pekerja Kilang Maut

Seorang pekerja kilang maut manakala rakannya cedera parah setelah tercampak dari motosikal dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Tun Razak-Simpang Taman Ayer Keroh Height, pada malam Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhibbuddin Fitri Farid, berusia 19 tahun manakala rakannya yang cedera parah dikenali sebagai Nor Natasha Mohd Faizul, berusia 17 tahun.

Siasatan awal mendapati kejadian terjadi sekitar jam 10.30 malam di mana mangsa serta rakannya sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dan dalam perjalanan dari arah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menuju ke arah Ayer Keroh.

Walau bagaimanapun, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba membelok ke kanan untuk masuk ke Taman Ayer Keroh Heights dari arah bertentangan.

“Motosikal mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan kiri kereta berkenaan sebelum kedua-dua mangsa tercampak di jalan raya.

“Akibat pelanggaran itu penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala rakannya menerima rawatan di Zon Merah Hospital Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Pemandu kereta yang berusia 77 tahun itu dilaporkan mengalami luka ringan dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang info atau saksi bebas untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, ujarnya.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD