NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Budi Madani: Kenderaan Diesel Mewah Berusia Akan Dipertimbangkan

Budi Madani: Kenderaan Diesel Mewah Berusia Akan Dipertimbangkan

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, kenderaan diesel mewah berusia 10 tahun ke atas akan dipertimbangkan untuk Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani).

Untuk tujuan itu, senarai kenderaan yang diklasifikasikan sebagai kenderaan mewah akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) tak lama lagi.

“Walaupun mungkin diklasikasikan sebagai kenderaan mewah tetapi kalau (kenderaan itu) sudah ‘uzur’ lebih daripada 10 tahun, mungkin dapat (dipertimbangkan untuk Budi Madani),” katanya.

Pendaftaran Budi Madani telah dibuka pada 28 Mei oleh MOF susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Pengumuman sama ada harga diesel akan diapungkan atau sebaliknya, akan diberitahu pada waktu yang sesuai, jelas beliau.

“Beri masa kerana kita tidak mahu spekulasi yang akan menyebabkan aktiviti ‘hoarding’ (penyorokan) atau penyelewengan diesel,” jelasnya.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy