Red Bull Malaysia Kerjasama dengan Petronas Sprinta Yamaha – Taja Tiga Pasukan di Cub Prix

Minuman tenaga nombor 1 di Malaysia, Red Bull Malaysia, telah menjalinkan kerjasama dengan menandatangani usaha sama bersama 3 pasukan di bawah Petronas Sprinta Yamaha Racing Team iaitu PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing, PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ dan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor. 

Memetik dari kenyataan rasmi dari Red Bull Malaysia, jalinan kerjasama ini selari dengan usaha mereka untuk bantu membangunkan industri sukan permotoran di negara ini terutamanya untuk bakat muda.

“Di Red Bull kami bukan saja memfokuskan beri tenaga pada badan malah menyemai semangat setiap individu yang berani mencapai segala kemungkinan.

“Kerjasama dengan PETRONAS Sprinta Yamaha Racing Team bukan sekadar menayangkan logo tetapi membuktikan komitmen bersama untuk mencapai kejayaan,” jelas Pengarah Bersama TCP Red Bull Malaysia, Andy Lee.

Selain itu, Red Bull Malaysia turut mengumumkan dua pemenang terpilih di dalam peraduan istimewa mereka berpeluang memenangi motosikal Yamaha Y15ZR edisi terhad yang telah ditandatangani oleh pelumba dari PETRONAS Sprinta Yamaha Racing.

Untuk maklumat lanjut peraduan istimewa mereka, layari laman web rasmi mereka atau akaun rasmi media sosial mereka.

 

Sumber : Mekanika 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD