Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, telah mengumumkan bahawa kerajaan telah menetapkan tarikh pelaksanaan pelarasan semula subsidi diesel dan akan mengumumkannya pada masa yang tepat. Hal ini kerana, untuk mengurangkan sebaik mungkin spekulasi inflasi daripada berlaku.
“Ini adalah berkaitan masanya perlu tepat, serta untuk menyeimbangkan dan mengurangkan risiko ke atas inflasi. Kami telah menetapkannya,” ujar beliau, dengan menambah bahawa kerajaan akan memastikan tidak ada kesan yang tidak perlu ke atas inflasi, lapor Bernama.
Selain itu, kerajaan mengambil keputusan untuk memberitahu pada waktu yang tepat adalah untuk mencegah pengumpulan stok diesel daripada berlaku.
“Kadang-kadang jika diumumkan awal, pengguna secara tiba-tiba akan mengumpulkan stok lebih awal kerana tahu harganya akan naik dalam masa dua atau tiga bulan lagi,” jelasnya.
“Sekiranya kita melakukan subsidi bersasar diesel untuk tujuan menguruskan penyeludupan dan pengumpulan stoknya, pengumuman awal akan menyumpang kepada peningkatan penyeludupan bahan tersebut,” jelasnya lagi.
Beliau menambah, adalah mustahil untuk menjalankan penguatkuasaan yang lebih ketat, mengambil kira hanya ada sekitar 2,500 pegawai penguatkuasa.
Melalui Program Bantuan Budi Madani, penamatan subsidi menyeluruh untuk diesel bakal menyaksikan subsidi bersasar dijalankan. Dua kategori telah diumumkan pada 27 Mei lalu untuk Program Bantuan Budi Madani iaitu pemilik persendirian kenderaan diesel serta petani kecil di Semenanjung Malaysia. Bantuan sebanyak RM200 akan diberikan setiap bulan pada penerima yang memenuhi kelayakan bagi kedua-dua kategori tersebut.
Sumber : BERNAMA