NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Sebuah Treler, 3 Buah Kereta Kemalangan di Lebuhraya PLUS – Sesak Sepanjang 8 KM

Sebuah Treler, 3 Buah Kereta Kemalangan di Lebuhraya PLUS – Sesak Sepanjang 8 KM

Sebuah treler dan 3 buah kereta telah kemalangan di Kilometer (km) 293.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan pagi tadi dan mengakibatkan kesesakan jalan raya sepanjang 8 KM.

Menerusi hantaran PLUS Trafik di aplikasi X, kemalangan terjadi sekitar jam 9 pagi tadi di antara laluan Southville City ke Bandar Putra Mahkota itu sehingga menyebabkan lorong tengah dan lorong kanan lebuh raya berkenaan terhalang.

“Setakat jam 11.44 pagi, lorong kanan dan tengah masih ditutup bagi proses pengalihan (kenderaan terlibat kemalangan), manakala lorong kiri dan lorong kecemasan boleh dilalui. Sila guna laluan alternatif,” menurut PLUS Trafik.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda tertera di lokasi kejadian.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy