NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Empat Cedera, Nahas 13 Kenderaan Akibat Dirempuh Treler

Empat Cedera, Nahas 13 Kenderaan Akibat Dirempuh Treler

13 buah kenderaan termasuk sebuah treler telah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 21 Lebuhraya BKE menghala ke Baling hari ini dan empat mangsa telah dilaporkan mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan, pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.37 pagi tadi berhubung kemalangan terbabit dan sepasukan anggota dari BBP Kulim telah dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sembilan lagi anggota.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan 13 kenderaan dan empat mangsa termasuk seorang wanita berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum bomba tiba.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Lokasi kejadian kemudiannya telah dibersihkan oleh anggota bertugas bagi mengelakkan bahaya dan melancarkan kembali aliran trafik kenderaan di kawasan itu.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy