NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lori Beratur Panjang, Isi Diesel Subsidi Buat Kali Terakhir

Lori Beratur Panjang, Isi Diesel Subsidi Buat Kali Terakhir

Lebih 30 pemandu lori panjang beratur sepanjang 5 km untuk mengisi minyak diesel di sebuah stesen minyak Caltex berhampiran Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) selepas Kementerian Kewangan mengumumkan harga terkini diesel pada petang Ahad.

Memetik dari kenyataan seorang petugas stesen minyak yang mahu dikenali sebagai Azhar, sedikit kesesakan telah berlaku di stesen minyak yang membabitkan lori panjang selepas setengah jam kerajaan mengumumkan harga bahan bakar itu diapungkan.

“Ada antara pemandu mengambil kesempatan mengisi diesel antara 250 dan 500 liter pada harga lama iaitu RM2.15 seliter. Semua kenderaan terutama lori panjang yang beratur dapat mengisi diesel menggunakan harga sebelum bahan itu diapungkan, kira-kira jam 12 tengah malam,” kata Azhar.

Walau bagaimanapun, stesen minyak itu tidak menghadapi sebarang masalah seperti terputus bekalan kerana baru sahaja mendapat bekalan minyak diesel pada Sabtu yang lalu.

Kini, harga diesel biasa menjadi RM3.35 dan RM3.55 (Euro5) seliter selepas diapungkan.

 

Sumber : HarianMetro

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy