passionately driven

Tiada Rancangan Laksana Subsidi Bersasar RON95 Buat Masa Ini

Buat masa ini, kerajaan ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada subsidi bersasar diesel yang telah dimulakan beberapa hari yang lalu bagi memastikan objektif utama dicapai iaitu untuk membantu golongan yang disasarkan.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, kerajaan belum ada perancangan melaksanakan subsidi bersasar bagi petrol RON95 buat masa ini.

“Kita bermula dengan diesel dulu. Bila sudah stabil, kita tengok apa boleh dibuat,” katanya kepada media selepas ucaptama di majlis Simposium Sasana Bank Negara Malaysia (BNM) 2024.

Tambah beliau, pelaksanaan bagi subsidi bersasar RON95 hanya akan dilaksanakan selepas penyasaran subsidi untuk diesel menjadi stabil.

“Langkah ini adalah sebahagian agenda reformasi di bawah rangka kerja Ekonomi Madani¬†dan penting untuk membina Malaysia yang lebih baik pada masa depan.”

“Ini kerana kita mahu mendapatkan pulangan fiskal yang lebih elok supaya boleh melabur balik kepada perkara yang penting bagi membina negara.”

“Kita faham kena buat rasionalisasi subsidi, kita bermula dengan diesel buat masa sekarang dan dari segi Kerajaan, kita fokus kepada rasionalisasi subsidi diesel, bila sudah stabil kita tengok apa yang dibuat.”

“Bagaimanapun berdasarkan maklumat awal kita nampak rasionalisasi subdsidi diesel ini berjaya kerana ketirisan membabitkan diesel di sempadan negara sudah berkurangan,” katanya.

Sementara itu, Amir Hamzah menyeru orang ramai yang masih belum membuat permohonan untuk bantuan subsidi supaya segera membuat permohonan Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani).

 

Sumber : Harian Metro 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD