passionately driven

18 Lokasi Smartlane Diaktifkan oleh PLUS Sempena Hari Raya Aidiladha

Sempena perayaan Hari Raya Aidiladha, PLUS bakal mengaktifkan 18 lokasi Smartlane di kawasan yang kritikal sepanjang Lebuhraya PLUS bagi membantu melancarkan aliran trafik.

Memetik dari kenyataan PLUS, laluan kecemasan akan dibuka sebagai lorong tambahan bagi mengoptimumkan penggunaan semua lorong di lebuhraya, lebih-lebih lagi pada waktu kemuncak iaitu pada musim perayaan.

“Orang ramai boleh mengenal pasti laluan Smart Lane melalui pemasangan lampu hijau berkelip untuk menunjukkan laluan berkenaan diaktifkan dan boleh digunakan.

“Selain itu PLUS turut meletakkan papan tanda pemberitahuan dan peringatan di lokasi-lokasi Smart Lane terlibat,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

PLUS menegaskan bahawa hanya kenderaan ringan, persendirian atau penumpang sahaja yang boleh menggunakan laluan Smartlane untuk sementara waktu dan masuk ke laluan biasa di lebuhraya untuk meneruskan perjalanan. Walau bagaimanapun, jika laluan Smartlane tidak diaktifkan atau tiada, pengguna lebuhraya dilarang untuk menggunakan laluan kecemasan.

“PLUS akan memastikan tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan pada 12 Jun hingga 19 Jun ini, namun pengecualian diberikan untuk kerja-kerja kecemasan, pengalihan kemalangan serta pembaikan kritikal.

“Untuk mengagihkan trafik, PLUS turut menyediakan jadual perjalanan digital menerusi aplikasi MyPLUS-TTA,” ujarnya.

Selain itu, 32 lokasi tandas di kawasan Rehat & Rawat (R&R) telah ditambah baik termasuk hentian sebelah serta plaza tol antaranya Restoran Jejantas Sungai Buloh, R&R Machap (arah Utara), Hentian Sebelah Pedas Linggi serta beberapa lokasi lain.

Orang ramai disarankan untuk mengikut cadangan waktu perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan jalan raya atau mengikuti aplikasi X @PLUSTrafik, aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik di lebuh raya dan saluran stesen radio utama negara untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD