passionately driven

Subsidi Bersasar RON95 Mungkin Laksana pada Julai atau Oktober – MIER

Institut Penyelidikan Eknomi Malaysia (MIER) menjangkakan subsidi bersasar RON95 akan dimulakan tidak lama lagi selepas penyasaran subsidi diesel dilakukan baru-baru ini.

Memetik dari laporan Bernama, Pengarah Eksekutif MIER Dr Anthony Dass berkata, kenaikan yang tidak ketara untuk subsidi RON95 dijangka akan dilaksanakan pada Julai atau Oktober tahun ini selepas objektif penyasaran subsidi diesel dinilai.

“Kita perlu melihat kesan (rasionalisasi subsidi diesel). Jadi mungkin kita perlu memberikan tempoh penangguhan dari tiga hingga enam bulan.

“Kita perlu melihat analisis kesannya terlebih dahulu dan cara orang ramai menyesuaikan diri. Daripada itu, kerajaan boleh membuat pelarasan (subsidi) seterusnya kepada RON95.

“Saya fikir ia mungkin pada Oktober kerana memberi mereka (kerajaan) ruang yang luas bagi melihat analisis impak,” katanya.

Selain itu, sumbangan bahan api diesel kepada bakul indeks harga pengguna (CPI) hanya memberi kesan sebanyak 0.2 peratus dan tidak seperti RON95, sumbangannya kepada bakul CPI adalah sekitar 5.5 peratus.

 

Sumber : Bernama | Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD