NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

2.52 Juta Kenderaan Dijangka Membanjiri Lebuhraya Utama sempena Aidiladha

2.52 Juta Kenderaan Dijangka Membanjiri Lebuhraya Utama sempena Aidiladha

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.52 juta kenderaan akan membanjiri Lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 sempena perayaan Hari Raya Aidiladha.

Memetik dari kenyataan LLM, kesemua syarikat konsesi diarahkan untuk menghentikan segala kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong untuk melancarkan aliran trafik sehingga 19 Jun ini.

“Selain itu, pengoperasian lebuh raya dan semua kemudahan berfungsi dengan baik terutamanya di kawasan R&R (rehat dan rawat), hentian sebelah serta sistem kutipan tol dengan penambahan lorong sementara.

“Konsesi juga diarahkan menambah kemudahan tempat letak kereta dan tandas mudah alih di beberapa R&R, meningkatkan bilangan petugas, memastikan kecukupan bekalan air serta minyak di stesen-stesen minyak selain mengaktifkan lorong pintar di beberapa lokasi,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat trafik terkini, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 atau pergi ke akaun rasmi @plustrafik di aplikasi ‘X’.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy