NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Remaja Tiada Lesen, Pandu Mercedes Pergi Institut Memandu

Remaja Tiada Lesen, Pandu Mercedes Pergi Institut Memandu

Seorang remaja berusia 18 tahun mengundang padah apabila ditahan kerana tiada lesen dan bertindak dengan memandu Mercedes A250 untuk hadiri ujian memandu di sebuah institut memandu di Shah Alam pada Rabu lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan, remaja tersebut ditahan ketika Unit Peronda Bermotosikal (UPB) JPJ Negeri Selangor sedang melaksanakan Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA).

“Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu tidak memiliki lesen memandu dan semasa ditahan, dia hendak menghadiri ujian memandu di sebuah institut memandu.

“Saman telah dikeluarkan serta kenderaan juga telah disita dan dibawa balik ke JPJ Shah Alam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Berdasarkan soal siasat kepada remaja tersebut, dia mendakwa bahawa bapanya menyuruh dia untuk hadir sendiri ke institut memandu terbabit.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy