Tular sebuah video di laman media sosial baru-baru ini yang memaparkan dua ekor lembu sedang lari berkeliaran di Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) pada pagi Ahad iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat lembu-lembu berkenaan melintasi pembahagi jalan sehingga telah melanggar sebuah kenderaan yang sedang memandu ketika itu. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan melainkan kerosakan kecil di bahagian hadapan kereta tersebut dan kesesakan trafik pada ketika itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaa’far @ Ismail, pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis berkenaan video tersebut. Walau bagaimanapun, pihak polis sedang menyiasat sama ada lembu-lembu berkenaan adalah sebahagian dari lembu korban untuk Hari Raya Aidiladha atau pun tidak.
Terkini, pihak polis sedang mengenal pasti pemilik video yang tular tersebut dan meminta untuk perakam video tampil di balai polis bagi membantu siasatan lanjut.
Sumber : BuletinTV3
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?