Aliran trafik di beberapa lebuhraya utama menghala ke Pantai Timur dan Utara sudah mula perlahan susulan ramai sudah dalam perjalanan ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha.
Menerusi paparan kamera litar tertutup (CCTV) di laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK) menuju ke Pantai Timur bergerak perlahan bermula dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah.
Selain itu, trafik juga bergerak sedikit perlahan di LPT2 iaitu Plaza Tol Kuala Terengganu manakala aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini.
18 lokasi Smartlane juga telah diaktifkan bermula hari ini sehingga 18 Jun di beberapa kawasan yang kritikal sepanjang Lebuhraya PLUS bagi membantu melancarkan aliran trafik.
Untuk maklumat trafik terkini, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 atau pergi ke akaun rasmi @plustrafik di aplikasi ‘X’.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?