Aliran trafik di beberapa lebuhraya utama kembali lancar pada hari ini disebabkan ramai yang sudah pulang dari kampung şemalam dan mula bekerja pada hari ini.
Walau bagaimanapun, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah memuatnaik dan memaklumkan kepada orang ramai di Facebook terdapat kesesakan berlaku di beberapa lokasi disebabkan oleh kemalangan.
“Maklumat awal kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer (KM) 365.0 arah selatan dari Sungkai ke Slim River. Trafik perlahan. Jaga jarak selamat kenderaan anda.
“Di lebuh raya yang sama, turut berlaku lori rosak di KM 277.8 arah selatan dari Ipoh (U) ke Ipoh (S) menyebabkan lorong kiri terhalang,” lapor LLM.
Selain itu, terdapat kemalangan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) di KM270.8 arah Selatan dari Cheneh ke Jabor.
“Lorong kecemasan terhalang bagaimanapun aliran trafik masih lagi lancar,” kata LLM.
Sumber : Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?