NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

YDP Agong Sultan Ibrahim Pemilik Nombor Plat ‘FFF 1’ – Nilai Bidaan Tertinggi, RM1.75 Juta

YDP Agong Sultan Ibrahim Pemilik Nombor Plat ‘FFF 1’ – Nilai Bidaan Tertinggi, RM1.75 Juta

Menerusi berita yang telah disampaikan pagi tadi di akaun media sosial rasmi Baginda Tuanku, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan (YDP) Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kini adalah pemilik bagi nombor plat kenderaan FFF 1 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) sempena ulangtahun mereka yang ke-78.

Baginda Tuanku menjadi pemilik selepas membida dengan nilai bidaan yang tertinggi pernah dicatat dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM1.75 juta. Difahamkan nilai bidaan tersebut akan dibawa kepada Kerajaan Persekutuan bagi membantu rakyat.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda juga telah menjadi pemilik kepada nombor plat istimewa seperti GOLD 1 dengan nilai bidaan sebanyak RM1.5 juta, FF 1 dengan nilai bidaan sebanyak RM1.2 juta dan F 1 dengan nilai bidaan sebanyak RM836,660.

 

Sumber : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy