NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Lelaki Maut, Rempuh Lembu Terlepas di Lebuhraya

Seorang Lelaki Maut, Rempuh Lembu Terlepas di Lebuhraya

Seorang lelaki maut selepas merempuh dan melanggar seekor lembu yang dipercayai terlepas ke jalanraya di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh pada Selasa yang lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.55 petang dan lelaki berusia 30 tahun itu sedang memandu di lorong paling kanan ketika itu.

“Mangsa telah terlanggar seekor lembu yang berada di lorong kanan, lalu terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan. Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Lembu tersebut dipercayai terlepas daripada sebuah lori yang sedang dalam perjalanan untuk membawa haiwan ternakan tersebut sempena perayaan Hari Raya Aidiladha. Siasatan masih sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy