passionately driven

Jualan Kenderaan Baharu pada Mei 2024 Meningkat 18 Peratus – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan jumlah jualan kenderaan baharu di Malaysia pada bulan Mei iaitu sebanyak 68,665 unit, meningkat 18 peratus berbanding pada bulan April iaitu hanya sebanyak 57,991 unit. Peningkatan sebanyak 9 peratus juga dapat dilihat jika dibandingkan dengan bulan Mei pada tahun 2023.

Menerusi data yang telah dikeluarkan oleh MAA, dapat dilihat bahawa jumlah kenderaan terjual pada 2024 setakat bulan Mei adalah sebanyak 328,901 unit, 8 peratus meningkat berbanding pada tahun 2023. Jika dilihat lagi, jumlah pengeluaran kenderaan pada bulan Mei juga tinggi dan dipercayai adalah kerana jumlah hari bekerja pada bulan Mei adalah lebih banyak dan juga prestasi cemerlang dari jenama kebangsaan Malaysia.

Dengan 74,174 unit berjaya dihasilkan pada bulan Mei 2024, ia menunjukkan peningkatan yang agak ketara iaitu sebanyak 30 peratus berbanding pada bulan April 2024 dan 14 peratus lebih tinggi berbanding pada bulan Mei 2023. MAA menjangkakan jumlah jualan kenderaan baharu di Malaysia pada Jun 2024 kekal rancak seperti bulan Mei 2024.

 

Sumber : Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD