NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Lelaki Ditahan, Berulang Kali Isi Petrol Diesel

Seorang Lelaki Ditahan, Berulang Kali Isi Petrol Diesel

Seorang lelaki telah ditahan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan kerana disyaki telah membuat pembelian minyak diesel berulang kali di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, berkata lelaki berusia 30-an itu dikesan membuat pembelian minyak diesel berjumlah RM132.03 pada 12.20 tengah hari dan RM200 selang 55 minit kemudian.

“Lelaki terbabit ditahan bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda disyaki terlibat penyelewengan minyak diesel ketika operasi dijalankan penguat kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas dengan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 60 liter minyak diesel bernilai RM200 juga turut dirampas, tambahnya.

Kes dijangka disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala stesen minyak itu disiasat mengikut akta sama kerana melanggar Arahan Pengawal Bekalan KPDN.

Sementara itu, sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang telah diubah suai menjadi sebuah tangki minyak juga telah disita pada Rabu lepas kerana dianggarkan telah menyeludup 100 liter minyak petrol di tepi jalan Kampung Simpangan, Tumpat.

Menyedari kehadiran pasukan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan, pemandu kenderaan tersebut berjaya melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya di bahu jalan, katanya.

 

Sumber : Astro Awani

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy