NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Maut, Bas Persiaran Terbalik di Jalan Genting

Dua Maut, Bas Persiaran Terbalik di Jalan Genting

Sebuah bas persiaran yang membawa pelancong warga China telah dilaporkan terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong pada Sabtu dan mengakibatkan 2 orang maut.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, mangsa yang maut merupakan penumpang lelaki dipercayai warga China.

Seorang pemandu bas, dua pemandu pelancong warga tempatan dan 16 penumpang warga China yang lain dilaporkan cedera dan berjaya dibawa keluar.

“Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 10.43 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting dan Unit Bomba Genting ke lokasi untuk operasi menyelamat,” katanya.

Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak kesihatan dan dihantar ke hospital menaiki ambulans untuk rawatan.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy